Friday, April 24, 2009



PEDIHNYA SAKARATUL MAUT

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda katanya, "Apabila telah tiba hari kiamat kelak maka diperintahkan malaikat Israfil untuk meniupkan sangkakala sebanyak 3 kali. Tiupan pertama sebagai peringatan, tiupan kedua untuk mematikan semua makhluk yang ada di muka bumi dan tiupan ketiga untuk menghidupkan kembali semua umat, bermula dari umat Adam a.s. hinggalah kepada umat Nabi Muhammad. Setelah semuanya mati, tinggallah Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Hamalatul Arsy. Allah lalu memerintahkan Malaikat maut (Izrail) mencabut semua nyawa malaikatnya. Maka Allah bertanya,"Wahai Izrail ! Siapa yang masih tinggal ?" Jawab Izrail,"Engkau Ya Allah zat yang Maha Hidup dan tidak akan mati untuk selamanya,yang tinggal hanyalah aku seorang, hamba yang lemah dan tidak berdaya." Lalu Allah berfirman,"Wahai Izrail ! Tidakkah engkau tahu, setiap yang bernyawa itu akan merasai mati. Aku menjadikan engkau untuk kau menjalankan tugasmu dan kau juga harus merasai mati." Maka pergilah Izrail ke suatu tempat di antara syurga dan neraka (menurut sebahagian riwayat) untuk mencabut nyawanya sendiri. Apabila nyawanya dicabut, menjeritlah Izrail seperti orang gila. Andaikan masih ada makhluk yang di muka bumi, nescaya semuanya mati kerana jeritan yang dahsyat iu. Berkata Izrail,"Kalaulah begini kesakitan yang dialami semasa dicabut nyawa, sudah tentu ketika mencabut roh orang-orang mukmin aku akan cabut dengan cara yang paling lembut sekali."

PERTAMA KALI......


Buat pertama kalinya ana membuat blog ana sndiri. Sblum ni ana xtahu ape2 brkaitan blog @ blogger yg begitu masyhur di kalangan sahbat2 ana. Ana hanya mampu tersenyum dan memandang mereka dengan penuh rasa minat walhal ana tidak mengetahui langsung berkenaan blog. Ana tidak pernah terdedah dengan blog sehinggalah ana menjejakkan kaki ke tempat ana belajar sekarang di mana blog boleh didapati di mana-mana sahaja. Ana begitu teruja untuk menghasilkan blog ana sendiri kerana berharap agar ana dapat mendidik jiwa ana dan sahabt2 ana yang lain melalui tazkirah dan penulisan yang ada di dalam blog ini. Ana memohon agar para sahabat sekalian dpat membantu ana menjadi insan yg lebih baik dan diharapkan kita semua akan sentiasa diberkat serta diredhai ALLAH sentiasa.....AMIN.