perjuangan yang hakiki adalah perjuangan mencapai redha ALLAH...
Friday, April 24, 2009
PEDIHNYA SAKARATUL MAUT
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda katanya, "Apabila telah tiba hari kiamat kelak maka diperintahkan malaikat Israfil untuk meniupkan sangkakala sebanyak 3 kali. Tiupan pertama sebagai peringatan, tiupan kedua untuk mematikan semua makhluk yang ada di muka bumi dan tiupan ketiga untuk menghidupkan kembali semua umat, bermula dari umat Adam a.s. hinggalah kepada umat Nabi Muhammad. Setelah semuanya mati, tinggallah Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Hamalatul Arsy. Allah lalu memerintahkan Malaikat maut (Izrail) mencabut semua nyawa malaikatnya. Maka Allah bertanya,"Wahai Izrail ! Siapa yang masih tinggal ?" Jawab Izrail,"Engkau Ya Allah zat yang Maha Hidup dan tidak akan mati untuk selamanya,yang tinggal hanyalah aku seorang, hamba yang lemah dan tidak berdaya." Lalu Allah berfirman,"Wahai Izrail ! Tidakkah engkau tahu, setiap yang bernyawa itu akan merasai mati. Aku menjadikan engkau untuk kau menjalankan tugasmu dan kau juga harus merasai mati." Maka pergilah Izrail ke suatu tempat di antara syurga dan neraka (menurut sebahagian riwayat) untuk mencabut nyawanya sendiri. Apabila nyawanya dicabut, menjeritlah Izrail seperti orang gila. Andaikan masih ada makhluk yang di muka bumi, nescaya semuanya mati kerana jeritan yang dahsyat iu. Berkata Izrail,"Kalaulah begini kesakitan yang dialami semasa dicabut nyawa, sudah tentu ketika mencabut roh orang-orang mukmin aku akan cabut dengan cara yang paling lembut sekali."
salam......Oai-deki-te ureshii-desu. (I'm glad to see you)
setiap daripada kita pernah bersua.... di alam roh kita berjumpa tapi kita mugkin terlupa.... kita kembali bersua bersama berjuang menggapai redha Yang Esa...... moga perjuangan hakiki menjadi bukti taat setiaku padaMU yang Maha Berkuasa...
.....masa itu emas....
mari belajar bahasa!!!!!
bahasa jepun
ohayou - selamat pagi konnichiwa - selamat tengahari konbawa - selamat petang oyasuminasai - selamat malam ogenki desuka - awak apa khabar? genkidesu - khabar baik anata wa - dan awak? watashimo genkidesu - saya pun khabar baik hontou-ni gomennasai - saya minta maaf
bahasa arab
kaifa halu ka/ki - awak apa khabar? ana bi khoir - saya khabar baik ila aina tazhabu/yazhabu - awak mahu ke mana? uridu an azhabu ila..- saya mahu ke....
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan..
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
No comments:
Post a Comment