Thursday, May 14, 2009

bila hati mengukir bahagia.........

" bangunlah..dah lewat ni nak solat subuh. bangun..bangun!!!!"
" woi bodoh, kenapa kejutkan aku........."

Bila dikenangkan kembali apakah salah aku mengejutkan sahabatku yang lena dibuai mimpi nan indah untuk mengadap Yang Maha Esa??? Aku jadi begitu kaget bila mana ditengking dengan perkataan "bodoh" sedangkan aku hanya menjadi medium perantaraanNya dengan sahabatku. Pada masa itu, hatiku bagai dicarik-carik....walaupun sudah menjadi kebiasaan aku dipanggil sedemikian rupa. Tanpa membuang masa, aku mencapai buku Biologi yang terhampar di atas mejaku, lalu berlalu ke bilik sahabatku.....tak sanggup untuk aku menatap wajahnya. Geram,sedih,sebak semuanya mula bercampur-baur. "Sampai hati dia marahkan aku walhal aku sekadar menyuruhnya solat......"Inikah pejuang ISLAM jika bersolat pun.......

Bila diamati zaman persekolahannya...wah!!! budak sekolah agama. Kalau bercakap pasal agama...memang aku sekadar tersenyum padanya. Apa taknya...bercakap pasal agama bukan main lagi siap dengan dalil tapi solat sendiri tak terlaksana apatah lagi perkara-perkara sunat yang lain. Sekadar puasa tapi tak bersolat...apa maknanya???? Cukupkah sekadar kita bersolat tanpa melakukan amalan-amalan lain.......apatah lagi yang tidak solat. Ingatlah perkara pertama yang akan disoal di akhirat kelak adalah solat!!!!!!!

ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tak berbuah


Bila dihimpunkan persoalan-persoalan sahabat ana yang lain, ana hanya mampu tersenyum. " Mek, kau tak terasa ke dengan .......dia cakap kasar lah" Ana memandang sahabat-sahabat ana dan jawapan ana hanya " dia dah memang macam tu...otai sikit". Walaupun hati ini terasa sedih tapi ana tetap redha..mungkin inilah ujian untuk ana bila menjejakkan kaki ke matrikulasi. Pelbagai ragam dan kerenah dapat disaksikan tambahan ana anak timur, kami amat dijaga dari segi pertuturan dan perlakuan kami. Walaupun ada yang cuba menegur sahabatku, tapi perilaku dan pertuturannya tetap sama...dah biasa katanya.

Bila tiba waktu solat, hanya dua perkara yang akan dilakukannya. Sama ada melancong ke bilik sahabat ana yang lain atau bermaian games laptop. Kadang-kadang ana terfikir " tak terusikkah hatinya bila melihat ana dan sahabat-sahabat yanag lain bersolat sedangkan dia hanya tersengih menikmati games"
YA ALLAH..kau bukakanlah pintu hati sahabatku ini. Jadikanlah dia anak yang solehah untuk agama,keluarga dan bangsanya.

"Bila dah balik kolej nanti, ingat ALLAH selalu, jangan tinggal solat". Tiba-tiba mindaku mula menyusun bait-bait lagu Raihan, kumpulan nasyid kegemaranku " Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa..." Bila kupandangnya hanya anggukan dan senyuman dihadiahkan kepada ayahnya. Masyaallah.........

Bila kami mengajaknya untuk bersama-sama solat berjemaah, beribu alasan diberinya. Pelbagai cara kami gunakan, terutamanya solat berjemaah di bilikk. Aaaaah..hatinya cukup keras!!!! Bukan sahaja tidak turut sama malah dia bijak berteleku di bilik sahabatku yang lain. Kadang-kadang madah berbisa kulontarkan namun alangkah sebaknya hati kami bila mana melihat dia hanya tersenyum simpul.........

Suatu pagi, aku memberanikan diriku. " Dah solat subuh belum...jom kita solat berjemaah". Itulah ungkapan yang kukuh tersemat di mindaku sehingga hari ini. Biasanya dia hanya mengangguk tapi semuanya berbeza pada pagi itu. Kami solat berjemaah!!!!!! Perlahan-lahan aku mula mengatur langkah. Setiap kali pulang daripada kuliah, itulah soalan pertama yang akan aku tanyanya...."dah solat?????" Masih kuingat kata-kata ustazku..."dakwah jika tidak secara berterusan pasti takkn terlaksana."
YA ALLAH...aku memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga padaMU kerana membuka hati sahabatku dan diharapkan agar dia istiqamah atas segala amalannya......

Jika mahu diceritakan, masih banyak coretan-coretan duka yang tidak kucoretkan. Cukuplah sekadar ini sebagai iktibar buat kita semua.Ini bukanlah perkara luar biasa yang berlaku pada masa kini. Bukan hanya pelajar harian biasa, malah pelajar agama sendiri tidak melaksanakan perintah ALLAH sedangkan itulah perkara yang dipelajari setiap hari....Di mana letakkan perjuangan dakwah sedangkan perjuangan diri sendiri kita masih terumbang-ambing????

Fikirlah........renunglah......hayatilah.......mujahadahlah diri kita bersama.....

No comments:

Post a Comment